Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Kita dah tiba ke sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan. Kalau terawih dengan imam mesir ni dah mula menangis sebab diorang sedih ramadhan dah nak berakhir.....
Pada 10 malam terakhir dalam bulan mulia ini, Allah menganugerahkan satu malam yang sungguh istimewa dan penuh berkat padanya iaitu Lailatul Qadar yang diiktiraf Allah sebagai satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan.Banyak hadis nabi yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar, antaranya hadis riwayat Aisyah r.a yang bermaksud: “Carilah sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari).Namun, malam sebenarnya Lailatul Qadar muncul tidak diketahui dengan tepat. Ternyata Allah menurunkan Lailatul Qadar yang penuh kerahmatan, limpah kurnia dan keampunan ini sebagai rahsia Allah kepada hamba-Nya. Marilah kita cuba mencari malam lailatur qadar ni...
Ini pula fadhilat solat terawih malam ke 21 hingga ke 30 seperti yang disebut
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”
Selamat beribadat......



.jpg)






